Posts

Showing posts from May, 2023

DUDUK PUNCA ED aka MATI PUCUK

Image
Kenapa orang dulu-dulu ramai anak dan kenapa orang sekarang bilangan anaknya sedikit. Kalau bukan dua, tentu seorang saja. Banyaklah sebabnya, dan salah satu darinya adalah disebabkan ED yang boleh menjejaskan produktiviti. Justeru,  posting kali ini coach nak kongsikan kesan buruk duduk lama mengundang  Erectile Dysfunction.   DUDUK LAMA MENEKAN SARAF Ketika duduk, kawasan pinggul (ischium) akan menerima bebanan .  Disitu ( ischial spine)  terdapat laluan saraf yang mengawal aktiviti kemaluan.  Walaupun ranting saraf yang menjaga aktiviti kemaluan itu terlindung kerana berada di  inferior ischial ramus  dan di dalam  pudendal canal , ia tetap boleh diganggu gugat apabila  duduk yang terlalu lama bergabung dengan berat badan,  mewujudkan tekanan yang tinggi lalu membengkakan ligamen dan otot kemudian menekan pangkal saraf pudendal . Saraf yang mengawal ketegangan alat sulit (penis). LIGAMEN MEMBENGKAK Sebelum kita mengenal ligamen mana yang membengkak, eloklah kita faham fungsi ligame